Sunday, 2 September 2012

Allah Maha Pemurah

Assalamualaikum.

Wahai hamba Allah!
  
     Jika kau hilang sesuatu jangan kau mengalah untuk mencarinya atau mencari sesuatu yang baharu. Ingatlah, bahawa Allah itu Maha Pemurah atas segala sesuatu tidak kira yang zahir atau yang batin.

     Jika kau merasakan hati tidak tenteram jangan kau mengeluh dan carilah kebahagiaan di hati kerana Allah Maha Pemurah untuk memberi kebahagiaan kepada seseorang dengan keizinannya.

     Jika kau merasakan diri keseorangan jangan kau mengalah untuk  berdoa kerana teman ada dimana-mana. Jika kau mencarinya dengan bersungguh-sungguh nescaya Allah akan memberinya teman kerana Allah Maha Pemurah.

Wahai hamba Allah! Tanamlah di dalam hati anda bahawa Allah itu Maha Pemurah.

Assalamualaikum, sekian terima kasih.

                                                                                                                (Hamba Allah)