Sunday, 2 September 2012

Allah Maha Pemurah

Assalamualaikum.

Wahai hamba Allah!
  
     Jika kau hilang sesuatu jangan kau mengalah untuk mencarinya atau mencari sesuatu yang baharu. Ingatlah, bahawa Allah itu Maha Pemurah atas segala sesuatu tidak kira yang zahir atau yang batin.

     Jika kau merasakan hati tidak tenteram jangan kau mengeluh dan carilah kebahagiaan di hati kerana Allah Maha Pemurah untuk memberi kebahagiaan kepada seseorang dengan keizinannya.

     Jika kau merasakan diri keseorangan jangan kau mengalah untuk  berdoa kerana teman ada dimana-mana. Jika kau mencarinya dengan bersungguh-sungguh nescaya Allah akan memberinya teman kerana Allah Maha Pemurah.

Wahai hamba Allah! Tanamlah di dalam hati anda bahawa Allah itu Maha Pemurah.

Assalamualaikum, sekian terima kasih.

                                                                                                                (Hamba Allah)
                                                                                           

Friday, 31 August 2012

Ciri amalan yang berlawanan dengan sifat Ar-rahman

1.Berputus asa daripada rahmat Allah S.W.T.
2.Bersifat kejam terhadap makhluk Allah sama ada manusia atau binatang.
3.Benci akan orang miskin.
4.Percaya hasil kekayaan bukan datang daripada Allah S.W.T, tetapi percaya hasil rezekinya datang        daripada usahanya sendiri.

Sifat pemurah Allah

1.Tidak ada batasnya kemuraha Allah.
2.Diberikan kepada semua hambanya tidak kira orang mukmin atau kafir.
3.Memberi tanpa mendapat manfaat kerana Allah memberi untuk menguji hambanya.
4.Merangkumi kebaikan di dunia dan diakhirat.

Bukti Allah bersifat Ar-Rahman

1.Minda yang cerdas untuk berfikir dan membezakan antara yang buruk dan yang baik.
2.Tubuh badan yang sihat dan cergas untuk menjalani kehidupan seharian.
3.Rezeki yang melimpah ruah untuk memenuhi kehidupan di dunia.
4.Al-Quran dan Rasulallah untuk menjamin kehidupan di dunia dan di akhirat.

Maksud Ar-rahman

Ar-rahman bermaksud Allah Maha Pemurah. Allah S.W.T yang Maha Pemurah mengurniakan banyak nikmat dan rezeki kepada semua makhluk tanpa mengira sama ada mereka mukmin atau kafir.